OUR STORY

Kepakaran Kami adalah Membuatkan perut anda kenyang tanpa perlu keluar mencari makanan di luar. Kami hantar terus ke pintu rumah anda.

Aininur Homemade Food dimiliki sepenuhnya oleh Aininur Future Global (NS0151088-D). Kami beroperasi secara home based di Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan. Kami menawarkan pelbagai produk makanan dan menjalankan konsep perniagaan makanan yang dimasak di rumah dan membuat penghantaran kepada pelanggan di sekitar kawasan Kuala Klawang dan Jelebu, Negeri Sembilan.

Aininur Homemade Food diasaskan oleh pasangan suami isteri iaitu Pn Aini Nurrasyidah Binti Md Zokhi dan Mohd Faizul Bin Ali. Kami bermula dengan menawarkan produk Sandwich Premium.Melihat kepada peluang dan potensi perniagaan makanan di sekitar Jelebu Negeri Sembilan, kami mengorak melangkah kehadapan dengan menambah pelbagai menu untuk memenuhi permintaan penghantaran makanan semasa.

Kini Aininur Food menawarkan pelbagai jenis masakan termasuk masakan tempatan dan barat untuk warga di sekitar Jelebu.Insyaallah pada masa akan datang, kami akan mengembangkan perniagaan dengan menambah menu-menu baru dan menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan ke kawasan lain.

20191127_115852

Aininur Future Global bernombor pendaftaran NS0151088-D telah di daftar dengan SSM (  Suruhanjaya Syarikat Malaysia ). Tempah sekarang produk kami tanpa keraguan.