Aininur Homemade Food diasaskan oleh pasangan suami isteri iaitu Pn Aini Nurrasyidah Binti Md Zokhi dan Mohd Faizul Bin Ali. Kami bermula dengan menawarkan produk Sandwich Premium.Melihat kepada peluang dan potensi perniagaan makanan di sekitar Jelebu Negeri Sembilan, kami mengorak melangkah kehadapan dengan menambah pelbagai menu untuk memenuhi permintaan penghantaran makanan semasa.
Kini Aininur Food menawarkan pelbagai jenis masakan termasuk masakan tempatan dan barat untuk warga di sekitar Jelebu.Insyaallah pada masa akan datang, kami akan mengembangkan perniagaan dengan menambah menu-menu baru dan menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan ke kawasan lain.