Aininur Homemade Food Delivery semakin mendapat tempat di hati pelanggan

Alhamdulillah, semakin hari kami menerima banyak order delivery dari pelanggan kami di sekitar Kuala Klawang dan Jelebu. Terima kasih diucapkan kerana memberi sokongan kepada kami.

Ramai yang berpuas hati dengan makanan yang kami tawarkan. Semuanya kata sedap dan terpaksa repeat lagi. Ya kami cuba memberikan yang terbaik untuk anda.

Masakan Aininur diminati oleh anak-anak

Sebagai ibu, mesti pening sebab anak-anak susah nak makan. Tapi dengan masakan Aininur, anak-anak boleh makan sampai licin.

Tak percaya ? Nak..tengok dibawah ini..

Ini feedback daripada pelanggan kami. Anak-anak suka makan sampai licin. Terus ibunya terpaksa repeat lagi 😀

Special order dari pelanggan

Kadang-kadang ada request dari pelanggan yang ingin order makanan selain daripada menu yang kami tawarkan.

Untuk tidak menghampakan, kami cuba penuhi. Seperti kali ini, kami menerima tempahan Bihun Goreng special untuk makan 10 orang. Alhamdullillah, pelanggan suka sangat. Terima kasih ya kerana membuat tempahan daripada kami.

Jika anda ingin membuat tempahan, boleh hubungi kami melalui whatsApp, klik sini.